
Berita
PKP: Syarikat produksi jalani penggambaran dinasihat segerakan perjalanan pulang
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencadangkan syarikat produksi yang sedang menjalani aktiviti penggambaran di enam negeri yang bakal dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), agar menyegerakan perjalanan pulang mereka ke lokasi masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata ini bagi mengelakkan sebarang kekangan dan kesulitan memandangkan aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan