
Daerah Jerantut bakal dilanda banjir susulan peningkatan air sungai melebihi aras bahaya
SEBANYAK 10 buah kampung di daerah Jerantut yang terletak 5 kilometer daripada Sungai Pahang, dijangka bakal dilanda banjir. Amaran dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia susulan ramalan aras sungai Water Level Trend Forecast (WLTF) bertarikh 2 Disember, jam 4 pagi serta status aras