
Berita
10 terkorban, 43 belum ditemui dalam tanah runtuh lombong emas Sulawesi, Indonesia
TANAH runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui. Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi pada Selasa berkata jumlah mangsa yang hilang itu disahkan oleh agensi pengurusan bencana daerah.