
Berita
Atlet SUKIPT perlu lebih gigih
ATLET Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 digesa berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan di temasya sukan itu seterusnya menambah bilangan atlet IPT di pertandingan antarabangsa. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata SUKIPT menjadi medan pencarian serta persediaan atlet pelapis di peringkat IPT bersaing di temasya sukan lebih besar dan berprestij.