Berita

Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027

KERAJAAN tidak berhasrat untuk membina stadium atau fasiliti sukan yang baharu untuk tujuan sukan SEA 2027, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim. Beliau berkata bagaimanapun kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 termasuk di Sarawak selepas kordinasi dan perbincangan lanjut diadakan.

Berita

Sukan SEA 2027: Promosi budaya Malaysia

TEMASYA Sukan SEA 2027 yang melibatkan penganjuran bersama Kuala Lumpur dan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang dilihat mampu mempromosikan kepelbagaian budaya negara ini. Menurut legenda olahraga negara, Datuk Marina Chin, selain mampu mempromosikan budaya Malaysia ia juga dilihat dapat mengurangkan kos Kerajaan Persekutuan dalam menganjurkan temasya dwitahunan itu. “Saya

Berita

MSN sokong keputusan kerajaan

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menyokong keputusan kerajaan yang bersetuju untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA apabila tiba giliran Malaysia menjadi tuan rumah bagi temasya sukan serantau itu pada 2027. Menurut Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub, keputusan itu merupakan isyarat positif buat industri sukan tanah air terutama dalam

Berita

Malaysia setuju jadi tuan rumah Sukan SEA 2027

MALAYSIA bersetuju menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.  Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.  “Sebelum ini, Sarawak, Sabah