
Dhuha Zulfikry terima habuan RM41,000
PERENANG muda negara, Muhammad Dhuha Zulfikry menerima wang ganjaran terbanyak dalam kalangan atlet Wilayah Persekutuan berjumlah RM41,000 selepas mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 Ogos lalu. Atlet berusia 16 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang di Sarawak apabila berjaya membolot enam pingat emas dan dua perak selain turut memecahkan