
Lapan juta pengguna perkhidmatan air nikmati pengecualian caj SST – Petra
SERAMAI lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87 peratus domestik dan 13 peratus bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung