
Berita
Program Jejak Harmoni dianjur untuk eratkan hubungan penganut agama – Aaron
KEMENTERIAN Perpaduan Negara akan menganjurkan program Jejak Harmoni di seluruh negara pada tahun ini bagi mengeratkan hubungan kebersamaan dan mewujudkan keharmonian antara penganut agama. Menteri berkenaan Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata program itu meliputi beberapa aktiviti seperti dokumentari harmoni dan lawatan ke rumah ibadat yang bertujuan mengajak rakyat berbilang kaum menyelami serta mengenali budaya dan agama sekali