
GISBH: 34 individu akan ditahan semula di bawah SOSMA
SERAMAI 34 individu termasuk pimpinan tertinggi rangkaian GISBH akan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ini selepas tempoh reman terhadap mereka telah berakhir. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 126 tahanan dibebaskan hari ini selepas selesai tempoh reman manakala 24 ahli lagi termasuk