
Berita
Beg tenunan songket bawa dokumen Belanjawan 2025
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi menggunakan beg tenunan songket bagi membawa dokumen penting Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok di Dewan Rakyat. Selain tenunan songket di bahagian luar, beg ini turut menerapkan kombinasi material sari pada lapisan dalam. Pagi tadi, beliau sempat meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2025