
YWP ‘tak menang tangan’ urus Skim Mikro Kredit
KUALA LUMPUR – Sejak permohonan pinjaman mudah melalui Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan (SMKWP) dengan nilai maksimum RM5,000 dibuka semalam, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaizalnizam Zainun berkata, selepas diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad, Isnin lalu, orang ramai mula membanjiri