
“Patuhilah janji temu vaksin” – Siti Nordiana
SEBELUM ini, negara berdepan masalah keengganan sebahagian masyarakat mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19, kerana terpengaruh dengan golongan antivaksin. Kini timbul pula masalah mereka yang tidak hadir janji temu masing-masing tanpa sebab munasabah. Bagi penyanyi popular Siti Nordiana, 36, ketidakhadiran ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sedikit sebanyak menjejaskan sasaran kerajaan