Berita

Dividen Simpan SSPN 2024 dijangka meningkat

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan pemberian dividen Simpan SSPN tahun 2024 kepada pendeposit akan meningkat lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. PTPTN menjelaskan peningkatan ini adalah berdasarkan kepada prestasi semasa hasil pelaburan deposit Simpan SSPN yang meningkat berikutan pengurusan pelaburan strategik serta komitmen PTPTN dalam memastikan pulangan yang kompetitif