
Berita
3,000 pengunjung hadir ceramah Ustaz Abdul Somad
KUALA LUMPUR – Kira-kira 3,000 pengunjung khususnya warga kota membanjiri Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini bagi menyaksikan dengan lebih dekat penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad. Penceramah tersebut diundang untuk memeriahkan program ‘Prima Dakwah Wilayahku’ yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 (SHWP 2020).