
Berita
‘Veteran’ masih mahu kerah keringat
PEMAIN pertahanan pasukan Kuala Lumpur dan juga pemain veteran dalam Liga Malaysia (Liga-M), Shukor Adan memberi bayangan masih belum berhasrat mengundurkan diri dari kancah bola sepak Malaysia. Shukor yang kini berusia 41 tahun beranggapan krisis wabak Covid-19 ini turut memberikan ruang kepadanya untuk mempertimbangkan hala tujunya sebagai pemain selepas ini.