
Berita
Malaysia, Uzbekistan bangunkan zon perindustrian, perkukuh kerjasama Petronas
MALAYSIA dan Uzbekistan mengiktiraf prospek meyakinkan bagi membangunkan Zon Perindustrian Uzbekistan-Malaysia di negara Asia Tengah itu. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama kedua-dua kerajaan susulan rundingan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev di Putrajaya hari ini. Rundingan itu diadakan bersempena lawatan rasmi