
SUKMA 2022: Wilayah Persekutuan raih gangsa acara terjun
SKUAD terjun Wilayah Persekutuan meraih pingat gangsa menerusi acara 3 meter papan anjal individu yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. Hanis Nazirul Jaya Surya yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2021, gagal menepati sasaran untuk merangkul emas apabila penerjun dari Sabah mendahului dengan kutipan mata 390.30.