
Bersekongkol dengan sindiket seludup vape: Enam pegawai kastam, lapan orang awam ditahan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan kegiatan rasuah dalam kalangan penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo KLIA. Operasi yang dinamakan Op Airways ini adalah hasil intipan Bahagian Perisikan SPRM selama tiga bulan. Enam pegawai kastam dan lapan orang awam, termasuk enam pengarah syarikat