Berita

Pusat Mediasi COVID-19 bantu selesai pertikaian dengan pantas

PUSAT Mediasi COVID-19 (PMC-19) mampu membantu menyelesaikan pertikaian antara dua pihak yang terkesan, akibat langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19, dengan pantas. Pengurus PMC-19 Sufian Hassan berkata, pusat itu diwujudkan kerajaan sebagai platform bagi memudahkan orang awam termasuk golongan peniaga, menyelesaikan pertikaian mereka disebabkan ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontrak tanpa perlu melalui