
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak
RAJA Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) di sini hari ini. Lawatan Seri Paduka Baginda adalah sebahagian daripada acara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan tradisi di Istana Negara pada Sabtu lepas. Keberangkatan