Berita

SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata skop bantuan termasuk pembelian sebuah lori berkapasiti 7.5 tan berjumlah RM151,000 untuk kemudahan penghantaran barangan keperluan kepada