
Alih segera kenderaan buruk anda sebelum diangkut DBKL
KUALA LUMPUR – Masalah kenderaan buruk dan tersadai di sekitar kawasan di ibu kota hingga menyakitkan pandangan mata mendapatkan perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bertindak atas aduan yang diterima daripada orang ramai dan rondaan pasukan penguatkuasaan, DBKL terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan bertindak menunda dan mengalih kenderaan buruk semalam.