
Geledah, sita premis GISBH di Sabah, Sarawak
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu sepenuhnya agensi-agensi terlibat bagi melaksanakan tindakan menggeledah dan menyita premis dikaitkan dengan GISBH di Sabah dan Sarawak. Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain susulan sesi mesyuarat yang diadakan antara PDRM bersama agensi-agensi kerajaan bagi meneliti situasi semasa pengoperasian premis