
Rasuah projek bernilai RM250 juta: Seorang lagi individu bergelar ‘Datuk’ ditahan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta. Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an direman selama lima hari sehingga 15 Disember ini selepas permohonan dibuat SPRM