
90 peratus aduan, pertanyaan PERTIWI selesai
SEJAK dilancarkan, Talian Pertanyaan dan Aduan Kepada Menteri Wilayah Persekutuan (PERTIWI) sentiasa mendapat cadangan dan pertanyaan di samping aduan daripada warga Wilayah Persekutuan. Berdasarkan statistik yang diperoleh dari April hingga Mei tahun ini, sebanyak 472 mesej berkaitan telah dihantar menerusi aplikasi WhatsApp PERTIWI. Daripada jumlah itu, 339 telah selesai dan