Berita

Muhammad Safawi tekad balas kepercayaan Pan Gon di Qatar

PEMAIN sayap kanan negara, Muhammad Safawi Rasid mahu membalas kepercayaan yang diberi ketua jurulatih Kim Pan Gon, selepas dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilaporkan bakal dipinjamkan ke Terengganu FC musim depan itu, mengakui tidak menjangka khidmatnya masih ditagih pengendali