Berita

Tiada catuan bekalan elektrik

SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi jaminan tidak berlaku catuan terhadap bekalan elektrik di Labuan berdasarkan kapisitinya yang mencukupi. Menurut Pengurus Besar Kanan SESB, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, pihaknya telah memperkasakan kapasiti penjanaan tenaga dan terkini melalui projek penyewaan lebih 100 unit set jana kuasa (rental gensets) yang baharu.