
Atlet Wilayah
Zaryssa mahu bawa cabaran negara ke Nepal
PEMAIN ragbi wanita Labuan yang juga atlet Wilayah Persekutuan, Zaryssa Awang, 19, teruja dan berharap tersenarai dalam skuad utama membawa cabaran negara dalam Kejohanan Ragbi Wanita Bawah 20 (B-20) 2023 di Kathmandu, Nepal pada 17 sehingga 24 Ogos ini. Berkongsi mengenai persiapan yang dilakukan dalam memastikan dirinya tersenarai dalam skuad