Berita

Status OKU tidak halang laksana tugas Pengarah Artistik, konsep Hari Kebangsaan

BERSTATUS Orang Kurang Upaya (OKU) tidak menjadi penghalang kepada Pengarah Artistik dan Konsep sambutan Hari Kebangsaan 2023 Rosnan Nordin untuk melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin supaya hari bersejarah itu berlangsung sempurna dengan persembahan menakjubkan. Berbekalkan kepakaran dan kemahiran selama 20 tahun melaksanakan tugasan berkenaan, Rosnan yang juga Timbalan Ketua Pengarah