Berita

“Saya bukan Robin Hood” – PM

TUDUHAN jahat yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba ‘mencuri’ daripada orang kaya lalu diberikan kepada orang miskin menerusi pelaksanaan rasionalisasi subsidi sengaja direka oleh pihak yang tidak berpuas hati. Sungguhpun semua sedia maklum, apa yang dilakukan kerajaan hari ini bertujuan memastikan pengagihan subsidi dilakukan dengan lebih adil