Berita

Penyertaan Malaysia dalam Rimpac 2024 tidak jejas rakyat

SEKALI lagi Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam serta dituduh pro Israel apabila Malaysia bakal menyertai Eksesais Rim of the Pacific Exercise (Rimpac) yang dijadual berlangsung dari 26 Jun hingga 2 Ogos ini. Latihan ketenteraan maritim antarabangsa tersebut dipimpin oleh Amerika Syarikat selain turut serta penglibatan tentera Israel.