
Lapan negeri diramal alami hujan berterusan sehingga esok
JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor. Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan Kelantan khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok,