Berita

LEKAS ditutup sementara Sabtu, Ahad ini

LEBUH Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) akan ditutup sementara bermula Sabtu hingga Ahad ini bagi melancarkan acara perlumbaan berbasikal RHB LEKAS Highway Ride 2024 Edisi ke-9. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata penutupan jalan akan bermula pada pukul 5 petang Sabtu hingga 4 pagi Ahad ini.