
Selebriti
Remy Ishak kini sah suami Ezza Yusof
DENGAN sekali lafaz, akhirnya pelakon Remy Ishak sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Ezza Yusof sebentar tadi dalam satu acara ringkas di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof, manakala Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.