
Berita
Tiada masa bincang isu remeh, 2025 tahun angkat kedudukan ekonomi Malaysia
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tahun 2025 ini merupakan tahun mengangkat kedudukan ekonomi Malaysia yang turut menandakan tanggungjawab negara selaku Pengerusi ASEAN. Untuk itu beliau menyeru semua pihak supaya menjalinkan kerjasama dan fokus kepada kerja masing-masing serta tidak berbicara hal-hal remeh yang hanya melemahkan dan mengancam kekuatan negara.