
Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri
KETUA-KETUA kerajaan negeri berharap Aidilfitri yang disambut esok diraikan secara sederhana dan mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan perjuangan saudara Islam di Palestin dalam menentang kezaliman rejim Zionis. Di SELANGOR, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengajak rakyat untuk meneruskan amalan baik yang dipupuk sepanjang Ramadan seperti menyantuni golongan fakir, anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan. Beliau berkata