
Rasuah dapatkan projek pembinaan bernilai RM250 juta: Dua individu ditahan reman
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Pengarah Syarikat bergelar Datuk dan seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta. Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an direman selama empat hari sehingga 9