Berita

COVID-19: Dua rakyat Malaysia antara 33 kes import tidak bergejala di Singapura

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import COVID-19 yang tidak bergejala dilaporkan semalam, adalah rakyat Malaysia. Kedua-dua lelaki yang merupakan pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu. Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan sejumlah