Berita

KBS sedia kertas cadangan kemudahan sukan permotoran, promosi Rakan Litar

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang menyediakan kertas cadangan bagi pembangunan kemudahan sukan permotoran di seluruh negara sekali gus mempromosi program Rakan Litar, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. Rakan Litar ialah satu daripada 10 gaya hidup yang diperkenal dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda yang diberi nafas baharu.