
Muat naik kandungan palsu, jelik: Lapan lagi diambil keterangan
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan lagi individu kerana memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Malah jelas MCMC, kandungan itu juga boleh membangkitkan kebencian dan persendaan kepada insititusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis