Berita

Usahawan kecantikan kongsi rezeki

MEMAHAMI situasi ekonomi yang mencabar, usahawan produk kecantikan Qayra Beauty, Noor Faqirah Abdullah tampil membantu mereka yang memerlukan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyalurkan bantuan kepada lebih 300 penerima diseluruh negara. Menurut pengasasnya, bantuan yang diberikan terdiri daripada barangan asas seperti beras, gula dan susu selain keperluan kanak-kanak