
Perdana Menteri ucap tahniah kepada Qari Malaysia dan semua pemenang
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Qari Malaysia Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi. Muhammad Qayyim, yang juga orang kurang upaya penglihatan sejak lahir muncul johan dengan catatan markah 94.96 peratus. Tempat kedua dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus manakala Awang Mohd