
Neelofa kini sah isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz
DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada pukul 11.43 pagi, sebentar tadi. Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.