
PTPTN perkenal Live Chat untuk semakan, pertanyaan, aduan
PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan perkhidmatan ‘Live Chat PTPTN’ sebagai saluran alternatif untuk pelanggan berurusan ketika negara berdepan pandemik COVID-19. PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi saluran berkenaan pelanggan dapat membuat semakan, pertanyaan dan aduan bagi urusan pinjaman pendidikan, bayaran balik pinjaman dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional