
Piala Belia Kebangsaan 2025 kenal pasti skuad pelapis
PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) bakal menganjurkan Piala Belia Kebangsaan 2025 dalam usaha merancakkan pembangunan sepak takraw negara di peringkat akar umbi. Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, penganjuran kategori seperti bawah 20 tahun antara usaha berterusan pihaknya mengenal pasti bakat pemain untuk membarisi skuad pelapis negara pada masa hadapan.