
2024 cemerlang buat Proton, 14,601 unit kenderaan terjual
PROTON Holdings Bhd menamatkan tahun 2024 dengan mencatat jualan tertinggi selepas berjaya menjual 14,601 unit kenderaan pada Disember, peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya dan merupakan angka jualan kedua tertinggi untuk tahun itu. Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikan pengeluar kereta nasional itu