Berita

Penyertaan Program Protege capai 84 peratus – Ewon

SERAMAI 64,511 peserta terdiri daripada lepasan universiti dan mahasiswa menyertai program di bawah Professional Training and Education For Growing Entrepreneurs (Protege) yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat tahun lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata jumlah itu mewakili 84 peratus daripada sasaran jumlah penyertaan bagi