
MINDEF terima sumbangan berjumlah RM200,000 bagi Program Kembali ke Sekolah
KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan bagi membantu persekolahan anak-anak warganya. Mindef dalam kenyataan memaklumkan sumbangan itu diperuntuk bagi Program Kembali ke Sekolah anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara serta kakitangan awam Mindef. “Sumbangan pihak Pharmaniaga itu