PPS

Berita

JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan di Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. JPS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS,

Berita

Negeri terkesan banjir kekal enam, jumlah mangsa menurun – NADMA

BILANGAN negeri yang terkesan banjir kekal enam dengan 13 daerah di Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan dan Sarawak masih terjejas setakat 4 petang ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dalam kenyataan hari ini, NADMA memaklumkan seramai 1,789 mangsa daripada 511 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan masih berada di 28 pusat

Berita

1,817 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 PPS

SEBANYAK 1,817 mangsa banjir daripada 488 ketua isi rumah (KIR) kini ditempatkan di 22 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri terjejas banjir setakat 4 petang ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). NADMA memaklumkan Kedah, Pulau Pinang dan Melaka adalah negeri terbaharu dilaporkan terkesan bencana banjir selepas Selangor,

Berita

Banjir: Sarawak, Pahang pulih sepenuhnya, Sabah beransur pulih

SARAWAK dan Pahang pulih sepenuhnya daripada banjir petang ini, manakala Sabah pula beransur pulih dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). Di SARAWAK, PPS terakhir yang ditutup pukul 2 petang tadi adalah di Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Daerah Serian dekat sini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

Berita

Banjir: Sarawak, Pahang semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah kekal

SITUASI banjir di Sarawak dan Pahang menunjukkan tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan pagi ini. Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir. Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 309 orang pagi ini

Berita

Beberapa negeri semakin pulih, Sarawak pula masih dilanda banjir

KEADAAN banjir di beberapa negeri telah menunjukkan perkembangan baik dengan penurunan jumlah mangsa banjir, sebaliknya Sarawak pula masih dilanda bencana itu. Lebih memburukkan keadaan, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Bumi Kenyalang hingga Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca