Berita

801 anggota polis, RELA digerakkan ke kawasan banjir

SEJUMLAH 647 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 154 petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah diatur gerak ke kawasan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan aset melibatkan 35 bot, 29 lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda turut digerakkan ke kawasan terjejas banjir.

Berita

Peserta piket solidariti Palestin dinasihat tidak berkhemah berhampiran Kedutaan AS – Polis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menasihati peserta piket solidariti untuk Palestin supaya tidak mendirikan sebarang struktur atau khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini, sepanjang himpunan itu berlangsung selama enam hari bermula malam ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata piket “Aksi Bertindak:

Berita

Ketua sindiket dadah antara 10 individu ditahan dalam operasi khas di Sabah

KETUA sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30

Berita

Kes bunuh di Sungai Choh: Lima lagi ditahan

POLIS menahan lima lagi individu semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ketika bergaduh dengan abang teman wanitanya, di Sungai Choh, Rawang, Selangor pada Sabtu. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 35 tahun. “Tangkapan dilakukan

Berita

Tiada permohonan anjur piket ‘Aksi bertindak: Kepung demi Palestin’ – Polis

POLIS setakat ini tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ yang akan diadakan di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di sini, bermula esok hingga Ahad ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang

Berita

Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di Jalan Silang

TIGA anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan semasa menjalankan operasi bersepadu di Jalan Silang, Khamis lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-tiga anggota yang berumur 26, 30 dan 35 tahun itu direman selama empat